Sejarah
SEK. MEN. KEB. TUNKU ABDUL AZIZ
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dan diberi nama
Sekolah Menengah Simpang Empat (Sekolah Aneka Jurusan).
Pada mulanya, Sekolah Menengah Simpang Empat ini menumpang
di tiga buah sekolah iaitu, di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, SRJK(C) Yih
Min dan SRJK(C) Boon Tiek. Ketika itu, pelajar-pelajar sekolah ini datang dari
sekolah - sekolah sekitar seperti SK Buloh Lima, SK Kangkong, SK Kuala Sala, SK
Bukit Besar, SK Bukit Raya Luar, SK Kampong Rambai, SK Permatang Buloh, SRJK(C)
Yih Min, SRJK(C) Aik Choon, SRJK(C) Boon Teik dan SRJK(C) Min Sin.
Pada tahun 1968, sekolah ini telah berpindah ke kawasan dan
bangunan sendiri seperti pada hari ini. Ketika itu bilangan pelajar adalah seramai
400 orang dan seramai 30 orang guru.
Sekolah ini menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Dato’ Musa Hitam pada 2 Mac
1980. Kelas Tingkatan 6 Rendah pula mula diwujudkan pada tahun 1986.
Pada 9 Mac 1988 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz mengambil sempena nama Raja Muda Kedah
(1870-1907) iaitu Y.T.M. Tunku Abd. Aziz Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajudin
Mukarram Shah.
Dewan Perhimpunan yang diberi nama Dewan Tunku Abd. Aziz
telah disempurnakan perasmin pada 7 Mei 2002 oleh YAB Dato’ Seri Syed Razak bin
Syed Zain, Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Mulai tahun 2007,
SMKTAA telah melaksanakan persekolahan satu sesi. Pada tahun 2011, dua buah blok telah
diruntuhkan untuk pembinaan bangunan baru setinggi 4 tingkat dan dijangka siap
pada tahun 2013.
Kini, Sek.
Men. Keb. Tunku Abd. Aziz menampung pelajar-pelajar seramai 1100 orang dengan
kapasiti 42 buah kelas dan tenaga pengajar seramai x orang.
No comments:
Post a Comment